Jumaat, 27 September 2019

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)


Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia
8 September 2019

Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited hari kedua ni lain macam. Mau taknya, penat travel pastu dapat plak hotel yang best. Tilam dia punya empuk rasa macam tidoq dalam dakapan asmara.. hahahah.. Hari kedua ni aku mulakan perjalanan aku ke Antartuk Mausoleum di Bandar Ankara. Perjalanan kali ni mengambil  masa selama 2 jam. X der la jauh sangat dan tak sempat nak mereput dalam bas. Jauh dia lebih kurang KL- Melaka jer, cuma kat sini x dak jem macam kat Malaysia. Sepanjang perjalanan aku ke sana, pemandangan yang dilalui memukau mata yang memandang. Aku lalu antara bukit-bukau macam dalam cerita Teletubies tu. Sebelum touchdown kat Istanbul Airport, hampa akan disajikan dengan pemandangan Bandar Ankara dari atas flight. So hampa akan nampak jambatan, bukit bukau dll dimana kawasan tu hampa akan lalui ke Ankara.

Ankara Mausoleum.....

Sampai ja kat Ankara Mausoleum, hampa kena abadikan gambar kat situ disamping kena ambil tau pasal sejarah kewujudan tempat tu.Jangan nak rasa Poyo sgt kalau p tempat orang melawat museum. Buang rasa bosan tu, sebenarnya hampa akan belajar banyak benda kat situ. Ilmu sejarah zaman dulu - dulu. Jangan ajet-ajet pandai dan urban (luku pala baru tau).

Kat situ hampa akan tau sejarah turkey masa zaman-zaman tamadun dulu. Hampa boleh recall balik berkenaan sejarah dunia masa belajaq waktu sekolah menengah. Tu pon kalau hampa x buta sejarah dan tak tidoq masa kelas sejarah.  Sebelum ni kalau hampa dok tengok dalam TV askar yang berdiri terpacak macam patung tu, kat situ hampa akan nampak dan  boleh bergambar dengan depa. Kalau ada rezeki hampa, hampa boleh tengok cara depa tukaq shift atau tempat jaga depa. Unik dan sangat menarik.

Selesai melawat museum, aku p (P tu dalam lorat kedah maksud dia pergi) makan tengah hari di satu kedai. Aku tak ingat nama kedai tu. Makanan sedap jugak la.. Tu travel agent aku yg bawa. Aku nk habaq kat hampa ni, makanan kat sana tu banyak sup labu dan roti. Sos cili memang hampa x akan jumpa la. Kalau nk makan pedas, aku nk nasihatkan hampa bawak la sos cili ka, bilis goreng ceknor tu ka, atau apa-apa makanan Malaysia yang hampa suka. Memang la orang kata Turkey ni negara Islam, makanan confirm halal. Yes memang halal, tapi hampa boleh ka makan makanan depa. Kalau jenis memilih macam aku, mau kuruih keding bila balik Malaysia. Tak salah nak try makanan depa. Sila la cuba try test. Lagi satu, kalau depa srve nasi pon hampa x kan cukup punta sebab nasi dia sikit sangat satu gengam pon x sampai. Kalau nak extra nasi kena bayar 5TL.

Selesai ja melantak, aku singgah solat jap kat Masjid yang terbesar di Ankara. Nak masuk masjid tu korang kena scan mcm kat Airport tu. Tujuannya adalah untuk keselamatan sebab masjid tu dalam kawasan pentadbiran kerajaan sana. Ok bab solat kat masjid ni menarik, kat Turki ni cara depa lain skit. Mai sini aku nk habaq. Kalau kat Malaysia, hampa buka slipper atau kasut mahai hampa tu kat luaq kan? Kat sana hampa kena pakai kasut hampa sampai tempat ambik wuduk, pastu lap kaki bagi kering dengan tisu yang disediakan, lepas tu hampa kena pakai kasut tu ke ruang solat. Bawa kasut hampa tu dan letak kat rak yang disusun rapi dalam masjid tu, ada jugak masjid yang letak rak kasut kat tengah dewan solat tu. Bau dia kadang-kadang kurang menyenangkan. Tapi tu cara depa, so kita hormat la.. Haaa, lagi satu, jangan pelik kalau tengok depa solat pakai stokin, baik laki atau perempuan. Kalau aku yakin denga  stokin aku, aku pakai masa solat kalau x aku memenag buka stokin tu letak dalam kasut.

Selesai makan tengahari dan solat jamak aku teruskan perjalanan ke Cappadocia. Nak tarbiah sikit, walaupon kita travel, solat jangan tinggai na.  Dari Ankara ke sana, perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam. Pemandangan lebih kurang padang pasir tp x segersang kat Mesir la. Still ada pokok-pokok. Yang penting bukan macam kat Malaysia. InsyaAllah hampa kagum, tapi aku dengan tidoq x boleh dipisahkan. Macam rokok dengan lighter la.. Saling memerlukan.. hahahha

Salt Lake...

Yang bestnya, sebelum sampai di Cappadocia aku berhenti sat di Salt Lake (Tasik Garam) dimana untuk makluman hampa 44% hasil garam di Turkey datang dari tasik tu. Kat situ hampa disajikan dengan pemandangan putih. Seputih kain kapan tu. Hampa boleh p ke tasik tu utk bergambar. Agak panas dan jauh utk berjalan kaki ke sana. Aku x kisah sebab alang-alang aku dah sampai. Aku hentam ja.. Kalau nak rasa masin boleh la rasa, tapi x bersih la sebab pelancong dok pijak.
Lepas tu dalam beberapa KM dr Salt Lake putih, hampa akan melalui Salt lake juga tapi warna pink airnya. Yang ni aku x berhenti pon just boleh tangkap gambar dr Jalan raya jer. Nak p sana satgi hitam pulak kulit kena panggang.


Selepas tiga jam perjalanan aku sampai di Bandar Cappadocia dan aku check in and dinner kat hotel. Untuk hari kedua ni aku stay kat Hotel Suhan, Walaupon hotel ni 5 Bintang tapi bagi aku kurang selesa. Tilam dan Bantal x sedap sebab terlalu lembik, wifi dalam bilik pon x kuat. Kena trurun kat lobby baru boleh akses. Dua hari aku kat sini. Not recommended. Tapi makanan kat hotel ni superb gila. So hari kedua aku selesai. Berehat dan tido untukhari ke tiga esok. 

Sikit Info tambahan
1. WC - Shortform utk Public Toilet (sekali masuk 1.5Lira) lebih kurang RM 1
2. Nak beli makanan, pastikan ada tag harga, kalau x korang kena sembelih nnt. Macam aku kena air tin nestle tu di charge ak 10 lira. Kalau kat msia br berapa ringgit ja.
3. Aku x beli Internet sbb dalam bas dah ada wifi. So Jimat sikit


Please nnt bila aku dah upload vid travelog aku, mohon untuk subcribe channel aku.
Jangan lupa jugak jadi kawan aku dekat sosial media aku
IG:@edd_zuhair

To be continued...

Rabu, 25 September 2019

Kembara Turkey (9 Hari 7 Malam)

Hari 1: Kuala Lumpur - Muscat - Istanbul - Bolu
7 September 2019


Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Aku sampai KLIA lebih kurang Pukul 5 pagi sebab Flight aku pukul 9.30 pagi. Bukan semangat datang awal (Bukan pertama kali aku naik belon ni), tapi dapat email kena sampai awal di KLIA sebab takut sistem down macam hari sebelumnya. Ok, pukul 6 pagi dah start check in luggage di kaunter M. Setelah selesai baru rasa lega sikit. Baru aku g solat subuh and sarapan.

8.30pagi aku dah masuk untuk boarding. Memandangkan penerbangan aku menggunakan pesawat Oman Air (WY 822) so boarding gate aku dekat Terminal M. Aku kena naik Aero Train atau Aero Bas untuk ke sana(Optional). Kena cepat sikit. Macam aku kira lewat jugak tu sebab nak scan passport lagi, nak lepas pemeriksaan keselamatan lagi, gate jauh pulak tu. Nasihat aku jgn last minit, kalau  tak nanti terlepas flight.

Alhamdulilah selesai urusan semua, aku pon berangkat dr KUL - MCT. Perjalanan dr KUL - MCT mengambil masa lebih kurang 6 Jam 45 Minit dan aku sampai di Muscat lebih kurang 12.15 PM waktu tempatan.  Aku transit di Oman. Perbezaan masa antara Malaysia dengan Oman lebih kurang 5 Jam, Malaysia lebih cepat. Time aku g sana Oman Panas. Bahangnya rasa sampai dalam kabin pesawat.

Di Muscat Airport...

Untuk makluman semua, Muscat International Airport ni Lapangan Terbang baru di Oman. Jadi, semua kemudahan dia up to date. Disebabkan aku transit, aku tak perlu nk go through imi sana. Just ikut laluan transfer, tapi still kena lalu laluan pemeriksaan keselamatan la. Macam aku dulu, sampai jer kat sana, aku terpaksa tanya pekerja airport untuk boarding gate aku ke Istanbul sebab x appear lagi kat screen tu. Aku x nak terlepas flight sebab 2 jam jer transit. Singkat sangat. Pekerja airport tu memang membantu, walaupon information boarding gate x keluar lagi, diorang gtau aku boarding gate aku di mana. Di sana, kita boleh guna English, Diorang faham. Sebelum aku ke boarding gate, aku sempat juga scan passport aku untuk dapatkan Password Wifi airport secara percuma. Ada kiost untuk scan and print password wifi(Tue ada vid aku share cara nak print password). Laju juga, tapi satu password untuk satu device jer. Jangan malas nak scan passport hampa tu. Dapat ja password, aku gerak ke boarding gate. X jauh sangat. Aku solat jamak sesiap dekat surau di boarding gate, makan, dan jalan-jalan sekitar boarding gate. Cantik airportnya.



                                           
                                                        Cara nak print Password Wifi


Yang vid kat bawah ni Laluan ke Boarding gate di Muscat airport.

2 jam masa transit aku pon habis, lebih kurang  pukul 2.45 petang aku berlepas ke Istanbul dengan Pesawat Oman Air ( WY 165 ). Flight baru wei, dreamliner..Best jugak la dapat merasa pesawat baru. Orang kampung naik kapai mcm tu la. Nak tengok jenis pesawat baru tu klik sini. Hahahaha. Perjalanan aku kali ni lebih  kurang 5 jam 15 Minit. Dekat sikit la. Makanan dan hiburan dalam kapai Oman Air bagi aku ok .. Cuma aku tido jer, bangun bila ada makanan ja.. Nikmat oo tdo.. Hahahah

Istanbul Airport.....

Welcome to Istanbul

Istanbul ni pon airport baru dan sgt besar. Kalau hampa nak tau Google sendiri. Penah pusing taman KLCC tu? Ha, bayangkan berkali - kali ganda pusing kat sana. Puas juga aku berjalan dari Imi Turki untuk ke tempat claim beg. Aku rasa boleh kurus kalau keje kat airport Istanbul  Mmg jauh dan besar. Tp hati tengah excited time tu yang jauh pun rasa dekat kan. Sampai ja kat sana, ak disambut oleh tour guide dan bawa aku ke Hotel. Untuk hari pertama aku stay di Bolu. Dari airport ke hotel ambik masa lebih kurang 4 Jam perjalanan dengan bas. Aku naik ja bas terus tido sampai hotel. Memang penat. Aku stay dekat Hotel Koru Otel BoluHotel dia best gila weii.. Tempat pon sejuk.





*Tip pertama aku: Hampa tau dak, bas kat sana semua satu kaler jer. Putih ja. So hampa kena ingat no bas atau corak pada bas hampa naik tu. Kalau x hampa salah naik bas orang. Malu uiii. Hahaha

So dalam next posting aku cerita plak pengalaman hari kedua aku. Ok aku akan share skit gambar-gambar aku untuk hari pertma. Video akan menyusul.

Ok ni gambar-gmbar yang aku nak share

Bilik Koru Otel, Bolu

Pemandangan Berkabus depan Hotel

Please nnt bila aku dah upload vid travelog aku, mohon untuk subcribe channel aku.
Jangan lupa jugak jadi kawan aku dekat sosial media aku
FB: https://www.facebook.com/m.jamaluddin.9
IG:@edd_zuhair

Thanks hampa semua

To be continued....


Sabtu, 30 Jun 2018

PROGRAM ASSESSMENT CENTER (PAC2) PEGAWAI PENERANGAN S41 - LPPKN

Salam Malaysia Baru

Dalam entry kali ni, aku nak kongsikan pengalaman dalam Program Assessment Center (PAC 2) untuk jawatan Pegawai Penerangan S41 di LPPKN. Dulu aku kongsikan pengalaman PAC 1 utk jawatan yang sama. Ok aku cerita balik dari mula..

Proses Mohon Kerja

Ok, bila korang tengok ada ja jawatan kosong yang dibuka kat sini, korang kena apply di JobMalaysia. Lepas dari tu kalau ada rezeki korang, korang akan dipanggil untuk PAC 1.

Program Assessment Center 1

Untuk PAC 1, korang boleh baca kat sini apa aktiviti dan test yang kitaorang pernah lalui. Tekan link ni.

Program Assessment Centre (PAC 2)

Ok untuk kali ni, dalam PAC2 nie lebih kurang 20 orang calon akan diuji. Anda akan dibahagikan kepada 3 group. Ini kronologinya

Group 1 : Akan melalui aktiviti LDK (Group Discussion)
Group 2 : Akan melalui aktiviti Pengucapan Awam dan Public Speaking
Group 3 : Akan di rehatkan terlebih dahulu

Proses ini  akan di-rotatekan.. Semua kumpulan akan melalui aktiviti tersebut. Bagi aku, time tu rasa beruntung sebab aku dalam Group 2, so perlu melalui aktiviti pengucapan awam dulu.. Lepas aktiviti tu Group 2 terus sambung dengan LDK, so x  payah di rehatkan  jadi jimat la masa, tengahari dah boleh balik.

Ok, untuk Pengucapan Awam dan Public Speaking, aku nasihatkan korang untuk baca bab kekeluargaan, wanita dan seangkatan dengan peranan LPPKN. Korang jangan rasa tajuk tu simple, sebab bila korang dah berhadapan dengan Panel, korang akan rasa simptom otak x boleh berfikir.

Flow dia macam nie, sorang-sorang akan dipanggil masuk dalam bilik bersama panel. No giliran ni bukan sape sampai dulu dia no 1. Nie based on LPPKN, masa korang datang tu korang dah boleh tau korang No berapa. Macam aku, aku calon yang pertama.

Sumber dari Google Image


Ok, selepas nama korang dipanggil masuk bilik, korang akan diberi no cabutan. So, baca la doa banyak-banyak supaya no yang korang dapat tu memiliki nasib yang baik. Sebab apa, tu la no soalan atau tajuk Pengucapan Awam dan Public Speaking korang. Tapi serius aku tak ingat apa tajuk aku sebab panjang sangat. Tapi based on nilai kekeluargaan, reproduktif manusia, gajet dll. Ok, masa tu lepas korang buat cabutan no tu, korang akan di beri 1 minit, yes aku ulang 1 minit sahaja untuk prepare isi korang.. Korang rasa sempat x 1 minit nk prepare, tu x termasuk masa nervous korang lagi. Lepas tu korang kena cakap 10 minit depan panel. Lepas korang melontarkan idea-idea bernas korang, so sesi Q&A antara korang dengan panel. Masa ni korang akan disoal berkenaan dengan korang punya opinion td, fakta dan sebagainya. Selessai sesi pengucapan awam.

Lepas tu korang terus kena buat Public Speaking on the spot, macam Pengucapan Awam juga, korang akan diberi 1 minit untuk sediakan hujah korang, cuma masa bercakap tu 7 minit dan ending dia akan ada sesi Q&A juga.

Bila dah selesai, terlepas satu beban.. Huh lega rasa..

Ok beralih pula dengan LDK-Latihan Dalam Kumpulan

Dalam aktiviti ni korang kena berbicang dalam group, jangan pulun nak cakap sorang -sorang ja, minta semua ahli tu bercakap, kalau ada yang diam tu tolong dia juga.. Kita kan satu team.

Dalam LDK anda diberi lebih kurang 15-20 minit untuk bincang tajuk tersebut dan bentangkan depan panel lain pula. Macam group aku, kami diberi tajuk Industri Revolusi 4.0, ke mana hala tuju LPPKN?. Selepas berbincang tu, tulis point korang atas kertas mahjung, pastu present. Time present depan panel, aku rasa lebih kurang hampir 2 jam jugak la kena berdiri kat depan tu. Sebab panel akan argue korang, soal korang, tny pendapat korang. Make sure korang kena familiar juga dengan skop tugas sebagai seorang pegawai Penerangan S41 ni juga.

Sumber gambar dari Google


Lepas LDK korang dah habis dah boleh balik.. Ok, kalau ada rezeki korang akan ke stage seterusnya iaitu IV. Doakan aku dapat pegang jawatan ni. Amin, sekian perkongsian ini, semoaga dapat membantu korang kedepan hari.

Ahad, 10 September 2017

Pegawai Penerangan S41 (SPA)

Dalam entry kali ni saya nak berkongsi pengalaman sepanjang proses permohonan untuk jawatan Pegawai Penerangan S41 di Jabatan Penerangan Malaysia.

Sememangnya untuk memasuki pekerjaan dalam Sektor Kerajaan merupakan salah satu impian jutaan rakyat Malaysia. Namun begitu dengan jumlah bilangan graduan yang lahir dari IPTA/S yang semakin bertambah di samping bilangan pengangguran yang juga menunjukkan peningkatan ditambah pula dengan kekosongan jawatan yang sedikit menyebabkan banyak persaingan sihat berlaku. Oleh itu, antara salah satu langkah yang di ambil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah melakukan beberapa tapisan sebelum calon yang layak dipanggil untuk ditemu duga.

Berdasarkan pengalaman, hati dah mula happy tatkala pertama kali membuat semakan di portal SPA8i, melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh SPA, maka bermulalah episod mengejar jawatan tersebut. Calon yang melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh SPA perlu menduduki peperiksaan online terlebih dahulu.

Lepas jer fasa pertama, calon yang lulus exam akan dipanggil untuk menghadiri Program Assessment Centre (PAC). Dalam peringkat kedua (PAC) calon akan dinilai dengan beberapa aktiviti. PAC ini diadakan selama satu hari bermula dari pagi sehingga ke petang. Calon PAC perlu melakukan 5 aktiviti yang berbeza. Selepas sahaja calon siap membuat pendaftaran, calon akan diberi 2 tajuk Pengucapan awam dan juga Public Speaking yang akan dilalui oleh calon PAC nanti.

Aktiviti pertama yang perlu dilalui oleh calon PAC adalah Perbahasan Ala Parlimen.  Calon akan dibahagikan mengikut beberapa kumpulan. (Kumpulan ini adalah kumpulan anda sehingga selesai semua aktiviti PAC). Ok dalam aktiviti ni, calon akan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan dan Pembangkang. Tajuk diberi OTS dan 10 minit masa diberi untuk mencari isi dan sebagainya. Selepas 10 minit calon harus berbahas mengenai isu yang diberi. Best time nie, kita boleh bidas hujah daripada pihak lawan jika kita rasa x betul atau x sesuai. Aktiviti ini berakhir dengan sesi pergulunggan daripada ketua kerajaan dan ketua pembangkang. Masa PAC dulu saya dapat tajuk. Generasi Y Mempunyai Sifat Patriotik Yang Berbisa. Gunalah skill dan bakat yang terpendam yang kita ada tu.


Ni contoh aktiviti Group Discussion

Selepas ja aktiviti pertama, calon diberi rehat selama beberapa minit untk persiapan ke aktiviti kedua. Aktiviti kedua ni we have to speak English, sebab apa? Sebab dalam aktiviti kedua ni ialah Group Discussion dimana calon diberi tajuk dan perlu berbincang sebelum membuat pembentangan. Masa discussion dalam group tu dinasihatkan supaya tidak cakap dalam bahasa melayu.. Hentam jer cakap english tu sebab calon akan dinilai dari awal hingga ke sesi pembentangan. tajuk yg saya dapat dulu kalau x silap Fresh grade terlalu memilih. belasah jer.





Haaaa. Dah masuk separuh hari.. Maka kita berganjak pulak ke sesi yang ketiga iaitu Aktiviti Penyelesaian Masalah. Dalam aktiviti ni sekali lagi calon diberi satu situasi contohnya kita nak menganjurkan kempen anti buli, so kita kena bincang apa yg kita nak buat dengan kempen tu, bajet mcm mn, publisiti (Banner, PSA, Radio, Surat Khabat etc) dll lain. Pastu kita kena bentangkan kepada panel. Time ni kita kena lanti ketua, walaupon kita tak diminta untuk melantik ketua. Ketua kumpulan pastikan semua anak buah bercakap.

Hurmm, dah tiga aktiviti melibatkan kerja berkumpulan kan.. Kali ni menyusur ke aktiviti ke 4. Aktiviti ni kebanyakkan daripada calon takut sebab ia adalah aktiviti pengucapan awam. Haa tajuk utk pengucapan awam ni dah diberikan semasa pendaftaran. So sempat la nak prepare isi bagi mantap. Antara tajuk yang calon dapat masa PAC dulu adalah mengenai TN50, Rukun Negara, Kesihatan, Pengangkutan Awam dll. Isu semasa pon ada. InsyaAllah boleh buat. Sebelum ke PAC tu baca la serba sikit, dan jangan risau kita ada masa nak cari isi or maklumat di internet. Satu pesan jangan gelabah. Tajuk yg saya dapat TN50 mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat dan meningkatkan taraf kesihatan .

Aktivi yang terakhir pulak adalah Public Speaking, sama ja macam Pengucapan awam.. Cuma yang membezakan dialah dr segi penggunaan bahasa. Tajuk pon lebih kurang sama macam Pengucapan Awam, cuma di English -  kan jer. Tajuk saya dapat adalaha Strategic Communication and it Challenge. Cakap ja. Belasah ja broken ka apa janji speaking.. Hahaha.

Selesai kelima-lima aktiviti semasa PAC, nak kata penat tu x sgt sebab buat aktiviti pon dalam bilik berhawa dingin. Mungkin otak kita penat utk berfikir dan bercakap dalam satu masa yang sama. Dalam semua aktiviti PAC ni, dinasihatkan jangan konker kita sorang ja, bg kawan-kawan dalam kumpulan kita semua bersuara.. Beri feeback dengan apa yg kawan-kawan cakap. Jangan pulak diam membisu ya kawan-kawan. Dan lagi satu, penampilan mesti jaga, yang lelaki tu trim misai, janggut dan rambut, baju tu biar bergosok.. Tingkah laku kita dinilai yer sepanjang PAC tu. Perempuan , bahasa tu jaga, cakap sopan, baju jgn macam nk keluar g shopping.. Tak salah nak skema sekali sekali jgn nak berfesyen urban sgt.. Cara duduk pon penting tau.. Tu perkongsian yang di sharekan oleh Panel-Panel yang menilai kita semasa PAC.

Nampak tak Panel sedang menilai calon PAC


Ni la ahli Kumpulan 
Nah.. Selesai bab PAC.. Lebih kurang sebulan jugak la result PAC diumumkan. Alhamdulillah rezeki untuk ditemu duga. Bila dah dapat temu duga tu bermakna itu adalah peringkat terakhir.. Nak berkongsi jugak, berkat tolong-menolong antara satu sama lain 10 daripada 11 orang ahli dalam kumpulan masa PAC dipanggil untuk temu duga.. Syukur best sgt time tu bila dapat tahu group kami hampir semua dapat panggilan temuduga. Ok, lebih kurang 3 minggu masa yang ada untuk calon yang dapat panggilan temu duga pada pada tarik permulaan temuduga (14.8 - 30.8 2017) tarikh untuk calon ditemuduga. Saya ditemuduga pada 15.8.2017 di Alor setar Kedah. Tempat temuduga ni ditentukan berdasarkan request kita semasa isi SPA dulu. Dalam masa 3 minggu tu x sempat sgt nak buat persiapan sebab BZ dengan kerja. Tapi Alhamdulillah kena curi masa untuk study jugak supaya x gelabah nnt.

Masanya telah tiba, 15.8.2017 hari sy ditemuduga. Risau, seronok semua ada. Nak-nak time no dipanggil untuk masuk bilik temuduga. Nak nasihat sikit, kalau nak tnya kawan-kawan yang dah di temuduga tu jgn la tanya soalan Panel tanya apa. Kita sama-sama berjuang untuk jawatan yang sama.  Macam x hormat la tanya soalan mcm tu.. Kalau nak tanya jugak tanya jer soalan lain.. Panel tu lelaki ker perempuan... Ada berapa orang Panel.. Temuduga dalam bahasa apa.. Ok la sikit kalau tnya soalan macam tu. Masa saya dulu alhamdulillah disoal dalam bahasa melayu.. Time tu ada dua orang panel. Dua-dua orang lelaki. Seorang wakil daripada Jabatan Penerangan seorang lagi wakil daripada SPA. Haaaa.. Hampa semua mesti nak tau kan panel nak tanya soalan apa.. Yesss.. seperti yang kita sedia maklum dia ada banyak soalan pengetahuan am. Saya disoal berkaitan Jabatan Penerangan, Bab Perlembagaan, Parlimen, Job Skop Peg Penerangan dengan Kader, Bab Jabatan Penyiaran, yang paling best soalan ni paling sy igt.. Siapakah nama KSU Malaysia, sila nyatakan nama penuh berserta pangkat yang KSU ada.. Alhamdulillah boleh jawab, lepas tu dia tanya lagi dalam Laman Web KSU tu ada apa ya.. Cer awak cerita sikit.. Haa yang ni kena pandai goreng sikit. Cakap jer apa yang kira rasa berkaitan. HAAAAA.. Ini yang Penting, sila bawa segala dokumen yang diminta dalam surat panggilan temuduga tu. Selagi anda tak lengkapkan dokumen yang diorang nak selagi itu la anda tak boleh masuk bilik temuduga.

Berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang lain, ada yang ditanya berkenaan Ketua Polis Negara, Adun Kawasan, Menteri Besar, Bilangan Dun yang ada di kawasan anda dll lain.

Jadi itu jer perkongsian yang dapat saya kongsikan. Saat sekarang masih lagi menunggu keputusan temuduga untuk jawatan ini.. Doakan saya dapat jawatan tersebut ok.. Amin





Khamis, 27 Julai 2017

Pertandingan Foto My Negaraku 2017 - Ipptar

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak menjemput warga kerja dan keluarga jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia untuk bersama meriahkan sambutan Hari Kemerdekaan 2017 dengan menyertai pertandingan fotografi yang dianjurkan.







SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Terbuka kepada warga kerja dan keluarga jabatan dan agensi dalam KKMM.

2. Terbahagi kepada 2 kategori : a - Kategori Popular b - Kategori Kreatif

3. Tema pertandingan adalah Negaraku (#Negaraku) dimana gambar harus mengetengahkan manifestasi semangat cintakan Malaysia berdasarkan perpaduan rakyat, keharmonian, kemakmuran, keindahan serta kejayaan Malaysia.

4. Bagi Kategori Kreatif peserta boleh menggunakan Kamera Digital Lensa Refleks (DSLR) atau Mirrorless Camera dengan saiz fail gambar mestilah minimum 2MB sehingga maksimum 8MB setiap keping.

5. Bagi Kategori Popular terbuka untuk penyertaan berkonsepkan swafoto.

6. Setiap imej yang dihantar mestilah dirakam sendiri oleh peserta. Apa juga tuntutan daripada pihak ketiga berkaitan perlanggaran hak cipta atau kepentingan individu di dalam imej selepas ini adalah tanggung jawab peserta.

7. Gambar pertandingan ini akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.

8. Sila pastikan foto yang dihantar tidak pernah dipertandingkan atau digunakan dalam apa juga bentuk cetakan.

9. Bagi Kategori Kreatif suntingan gambar minima sahaja yang dibenarkan (Terang,Gelap,Cropping,Tone). Suntingan tambahan gambar digital ‘super-imposed’ tidak dibenarkan (Manipulasi,Pencahayaan Tiruan, Tambahan Kesan Khas dan sebagainya).

10. Bagi Kategori Popular gambar haruslah berserta dengan kapsyen yang menarik. Kapsyen mesti ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kapsyen hendaklah tidak melebihi 60 patah perkataan. Penyertaan tanpa kapsyen tidak akan diterima.

11. Gambar yang dihantar hendaklah dalam format JPEG sahaja yang mengandungi imej digital asal.

12. Semua penyertaan hendaklah di emel kepada “myphotonegaraku@gmail.com “ dan diterima sebelum atau pada hari Rabu, 1 Ogos 2017 pukul 3.00 petang. Setiap peserta dibenarkan menghantar maksima sebanyak 5 penyertaan sahaja dan hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja

13. Penyertaan adalah secara individu. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan mana-mana foto yang dipertandingkan bagi tujuan publisiti dan promosi. Semua foto bagi tujuan penyertaan menjadi hak milik IPPTAR.

14. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Volunteers Needed - 13th WIEF, Kuching Sarawak 2017

We are starting to recruit volunteers for the 13th WIEF, Kuching Sarawak. Many paid positions available for departments such as Liaison officers, Speakers Managements, PR, Marketing, Logistics etc etc.
If this interests your friends and families, please direct them to https://wief.org/forum/13/become-a-volunteer/ for more information and to register online.


Isnin, 24 Julai 2017

NASI DINGIN PINGGAN TAK RETAK

Pilih antara situasi A, B, C dan D yang manakah menggambarkan hidup anda?


Situasi A: Bahagiakan bila dua-dua pihak saling menyukai antara satu sama lain..

Situasi B: Normal dalam hidup ini, kadang-kadang kita suka seseorang, tapi si dia pulak yang tak suka pada kita. Lain padang lain belalang.

Situasi C : Seakan sama dengan Situasi B, mungkin kita sudah ada orang yang kita suka, tapi, si dia yang suka pulak pada kita. Jadi cara terbaik adalah menolak dengan cara berhemah tanpa menyakiti mana-mana pihak.

Situasi D: Selalunya situasi ini untuk mereka yang Frust. Mungkin yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Kesudahannya, meroyan sepanjang hidup. Kesian kan..

Moralnya di sini.. Apa yang kita suka atau cinta tak semestinya kita miliki kan. Ingat satu ja, Ajal, Jodoh, Rezeki itu semua datang dari-Nya.. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Sekian

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)

Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia 8 September 2019 Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited ...