Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia
8 September 2019
Ok, aku dah check out kat Kolu
Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited hari kedua ni lain macam. Mau
taknya, penat travel pastu dapat plak hotel yang best. Tilam dia punya empuk
rasa macam tidoq dalam dakapan asmara.. hahahah.. Hari kedua ni aku mulakan
perjalanan aku ke Antartuk Mausoleum di Bandar Ankara. Perjalanan kali ni
mengambil masa selama 2 jam. X der la
jauh sangat dan tak sempat nak mereput dalam bas. Jauh dia lebih kurang KL-
Melaka jer, cuma kat sini x dak jem macam kat Malaysia. Sepanjang perjalanan
aku ke sana, pemandangan yang dilalui memukau mata yang memandang. Aku lalu
antara bukit-bukau macam dalam cerita Teletubies tu. Sebelum touchdown kat
Istanbul Airport, hampa akan disajikan dengan pemandangan Bandar Ankara dari
atas flight. So hampa akan nampak jambatan, bukit bukau dll dimana kawasan tu
hampa akan lalui ke Ankara.
Ankara Mausoleum.....
Sampai ja kat Ankara Mausoleum,
hampa kena abadikan gambar kat situ disamping kena ambil tau pasal sejarah
kewujudan tempat tu.Jangan nak rasa Poyo sgt kalau p tempat orang melawat
museum. Buang rasa bosan tu, sebenarnya hampa akan belajar banyak benda kat
situ. Ilmu sejarah zaman dulu - dulu. Jangan ajet-ajet pandai dan urban (luku
pala baru tau).
Kat situ hampa akan tau sejarah
turkey masa zaman-zaman tamadun dulu. Hampa boleh recall balik berkenaan
sejarah dunia masa belajaq waktu sekolah menengah. Tu pon kalau hampa x buta
sejarah dan tak tidoq masa kelas sejarah.
Sebelum ni kalau hampa dok tengok dalam TV askar yang berdiri terpacak
macam patung tu, kat situ hampa akan nampak dan
boleh bergambar dengan depa. Kalau ada rezeki hampa, hampa boleh tengok
cara depa tukaq shift atau tempat jaga depa. Unik dan sangat menarik.
Selesai melawat museum, aku p (P
tu dalam lorat kedah maksud dia pergi) makan tengah hari di satu kedai. Aku tak
ingat nama kedai tu. Makanan sedap jugak la.. Tu travel agent aku yg bawa. Aku
nk habaq kat hampa ni, makanan kat sana tu banyak sup labu dan roti. Sos cili
memang hampa x akan jumpa la. Kalau nk makan pedas, aku nk nasihatkan hampa
bawak la sos cili ka, bilis goreng ceknor tu ka, atau apa-apa makanan Malaysia
yang hampa suka. Memang la orang kata Turkey ni negara Islam, makanan confirm
halal. Yes memang halal, tapi hampa boleh ka makan makanan depa. Kalau jenis
memilih macam aku, mau kuruih keding bila balik Malaysia. Tak salah nak try
makanan depa. Sila la cuba try test. Lagi satu, kalau depa srve nasi pon hampa
x kan cukup punta sebab nasi dia sikit sangat satu gengam pon x sampai. Kalau
nak extra nasi kena bayar 5TL.
Selesai ja melantak, aku singgah
solat jap kat Masjid yang terbesar di Ankara. Nak masuk masjid tu korang kena
scan mcm kat Airport tu. Tujuannya adalah untuk keselamatan sebab masjid tu
dalam kawasan pentadbiran kerajaan sana. Ok bab solat kat masjid ni menarik,
kat Turki ni cara depa lain skit. Mai sini aku nk habaq. Kalau kat Malaysia,
hampa buka slipper atau kasut mahai hampa tu kat luaq kan? Kat sana hampa kena
pakai kasut hampa sampai tempat ambik wuduk, pastu lap kaki bagi kering dengan
tisu yang disediakan, lepas tu hampa kena pakai kasut tu ke ruang solat. Bawa
kasut hampa tu dan letak kat rak yang disusun rapi dalam masjid tu, ada jugak
masjid yang letak rak kasut kat tengah dewan solat tu. Bau dia kadang-kadang
kurang menyenangkan. Tapi tu cara depa, so kita hormat la.. Haaa, lagi satu,
jangan pelik kalau tengok depa solat pakai stokin, baik laki atau perempuan.
Kalau aku yakin denga stokin aku, aku
pakai masa solat kalau x aku memenag buka stokin tu letak dalam kasut.
Selesai makan tengahari dan solat
jamak aku teruskan perjalanan ke Cappadocia. Nak tarbiah sikit, walaupon kita
travel, solat jangan tinggai na. Dari
Ankara ke sana, perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam. Pemandangan lebih
kurang padang pasir tp x segersang kat Mesir la. Still ada pokok-pokok. Yang
penting bukan macam kat Malaysia. InsyaAllah hampa kagum, tapi aku dengan tidoq
x boleh dipisahkan. Macam rokok dengan lighter la.. Saling memerlukan.. hahahha
Salt Lake...
Yang bestnya, sebelum sampai di
Cappadocia aku berhenti sat di Salt Lake (Tasik Garam) dimana untuk makluman
hampa 44% hasil garam di Turkey datang dari tasik tu. Kat situ hampa disajikan
dengan pemandangan putih. Seputih kain kapan tu. Hampa boleh p ke tasik tu utk
bergambar. Agak panas dan jauh utk berjalan kaki ke sana. Aku x kisah sebab
alang-alang aku dah sampai. Aku hentam ja.. Kalau nak rasa masin boleh la rasa,
tapi x bersih la sebab pelancong dok pijak.
Lepas tu dalam beberapa KM dr
Salt Lake putih, hampa akan melalui Salt lake juga tapi warna pink airnya. Yang
ni aku x berhenti pon just boleh tangkap gambar dr Jalan raya jer. Nak p sana
satgi hitam pulak kulit kena panggang.
Selepas tiga jam perjalanan aku
sampai di Bandar Cappadocia dan aku check in and dinner kat hotel. Untuk hari
kedua ni aku stay kat Hotel Suhan, Walaupon hotel ni 5 Bintang tapi bagi aku
kurang selesa. Tilam dan Bantal x sedap sebab terlalu lembik, wifi dalam bilik
pon x kuat. Kena trurun kat lobby baru boleh akses. Dua hari aku kat sini. Not
recommended. Tapi makanan kat hotel ni superb gila. So hari kedua aku selesai.
Berehat dan tido untukhari ke tiga esok.
Sikit Info tambahan
1. WC - Shortform utk Public Toilet (sekali masuk 1.5Lira) lebih kurang
RM 1
2. Nak beli makanan, pastikan ada tag harga, kalau x korang kena
sembelih nnt. Macam aku kena air tin nestle tu di charge ak 10 lira. Kalau kat
msia br berapa ringgit ja.
3. Aku x beli Internet sbb dalam bas dah ada wifi. So Jimat sikit
Please nnt bila aku dah upload vid travelog aku, mohon untuk subcribe channel aku.
Jangan lupa jugak jadi kawan aku dekat sosial media aku
IG:@edd_zuhair
To be continued...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan