Jumaat, 26 September 2014

TEKS MC MAKAN MALAM


MAKAN MALAM
“DISINILAH MEMORI TERCIPTA”
PERSATUAN SISWA SISWI FELDA (PERSADA UiTM 2013)
BIL
QUE
TEKS

1

8.00 MALAM

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA, TUAN HJ.MOHAMAD KHAIRUDDIN B MOHAMAD. DIIRINGI OLEH YANG BERUSAHA EN ABDULLAH MOHAMMAD SAID TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UiTM SHAH ALAM, PENASIHAT PERSADA UiTM, PRESIDEN PERSADA UiTM  DAN BARISAN MAJLIS TERTINGGI PERSADA UITM .

SEMUA HADIRIN MOHON UNTUK TERUS BERDIRI BAGI MENYANYIKAN  LAGU NEGARAKU, WAWASAN SETIA WRGA UITM DAN JUGA  LAGU SEMAI BAKTI.

MELAYANG TEMPUA DI ATAS PERMATANG
BERKICAU MERBAH DI HUJUNG MUARA 
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

HIASAN GANGSA LETAK DI RUMPUN,
DITEMPA ADUKA BERTEMAN KESUMA,
PEWARIS BANGSA DUDUK BERHIMPUN,
SEMANGAT PERSADA HAYATI BERSAMA.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM SATU MALAYSIA, SALAM SATU UITM, SALAM SATU FELDA DAN SALAM SATU PERSADA.

YANG BERUSAHA YANG BERUSAHA, TUAN HJ.MOHAMAD KHAIRUDDIN B MOHAMA, YANG BERUSAHA EN ABDULLAH MOHAMMAD SAID TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UiTM SHAH ALAM,  YANG DIHORMATI PN ROKIAH BT MAHMOOD, PENASIHAT PERSADA UiTM,PRESIDEN PERSADA UiTM, MANTAN-MANTAN PERSADA UiTM DAN SEMUA SAHABAT PERSADA UiTM.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS MAKAN MALAM “DISINILAH MEMORI TERCIPTA” ANJURAN PERSADA UiTM . JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA SERTA SEMUA SAHABAT PERSADA ATAS KESUDIAN KALIAN MENGHADIRI PERJUMPAAN KITA PADA MALAM INI.









UNTUK MAKLUMAN HADIRIN,

PROGRAM INI DILAKSANAKAN BAGI MERAIKAN MANTAN MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO-EXCO PERSADA UITM SHAH ALAM SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENAIKKAN NAMA PERSADA SAMA ADA DI PERINGKAT UNIVERSITI MAHUPUN KEBANGSAAN. DISAMPING ITU JUGA , MAJLIS MAKAN MALAM INI DIADAKAN ADALH BERTUJUAN UNTUK MEMPERKENALKAN BARISAN MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO-EXCO PERSADA YANG BAHARU YANG BAKAL MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN YANG BARU.


2

BACAAN DOA

TEBANG BULUH JANGAN MENGELUH,
MARI DIJOLOK SARANG PENYENGAT;
TADAH TANGAN JARI SEPULUH,
DOA MINTA BIAR SELAMAT.

HADIRIN DIHORMATI.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA MALAM INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIZAHIRKAN OLEH SAUDARA  ................................................... , DIPERSILAKAN…

AMIN YA RABAL ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA ............................................................. ATAS BACAAN DOA ITU TADI.  MUDAH-MUDAHAN KITA DIBERI HIDAYAH DAN KEKUATAN UNTUK MELAKSANAKAN MAJLIS KITA PADA MALAM INI.


3

UCAPAN PRESIDEN














UCAPAN TNC







UCAPAN DAN PERASMIAN PENGARAH SERANTA

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

TAK KAN SEMPURNA ALU TANPA LESUNGNYA
DAYUNG JUGA TIDAK BERGUNA TANPA PERAHUNYA…
TIDAK ENAK HIDANGAN TANPA PEMANISNYA….
TIDAK MOLEKLAH SEANDAINYA MAJLIS SEINDAH INI, TIADA YANG BERBICARA.

MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT PRESIDEN SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA DAN SISWI PERSADA UiTM, AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMED UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMED ATAS UCAPAN ITU TADI.

SETERUSNYA MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT PULA EN ABDULLAH MOHAMMAD SAID TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UITM SHAH ALAM UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN. MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA  EN ABDULLAH MOHAMMAD SAID TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UITM SHAH ALAM ATAS UCAPAN BELIAU ITU TADI.

MAJLIS DENGAN INI DITERUSKAN LAGI DENGAN MENDENGAR UCAPAN DARIPADA TUAN HJ MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN MOHAMMAD,  PENGARAH SERANTA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS MAKAN MALAM KITA PADA HARI INI.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA  TUAN HJ MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN MOHAMMAD,  PENGARAH SERANTA ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN  BELIAU ITU TADI.


4

PENYAMPAIAN CENDERAHATI














PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA MANTAN MT



















HADIRIN YANG DIHORMATI,

MAJLIS KITA AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI   KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA PADA MALAM INI SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN UNTUK DIBAWA PULANG. MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN SAUDARA AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMED PRESIDEN PERSADA UITM UNTUK MEMBERIKAN CENDERAHATI.

 DENGAN INI DIJEMPUT  EN ABDULLAH MOHAMMAD SAID TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UITM SHAH ALAM UNTUK MENERIMA CENDERAHATI.  SETERUSNYA DIPERSILAKAN TUAN HJ MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN MOHAMMAD,  PENGARAH SERANTA UNTUK MENERIMA CENDERAHATI DARIPADA PIHAK KAMI.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT SEKALI SAUDARA AHMAD SARJI BIN ANDUL HAMED UNTUK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN MOHAMMAD UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA MANTAN MAJLIS TERTINGGI PERSADA.

DIJEMPUT, _________________________________

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN MOHAMMAD ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAHATI ITU TADI.

5

JAMUAN BERMULA

JAMBANGAN INDAH BERBUNGA SEROJA 
DIRAUT DIBELAI HIASAN TAMAN
HIDANGAN MENYELERA PENUH SEMEJA 
JEMPUT KALIAN SANTAPAN BERTEMAN

MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN SEMUA HADIRIN, KHUSUSNYA TETAMU-TETAMU KEHORMAT UNTUK MENJAMU SELERA .

DIPERSILAKAN  .


6

PERSEMBAHAN
(SAMBIL TETAMU MENJAMU SELERA)

HADIRIN YANG DIHORMTAI,

SAMBIL KITA MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN, KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH TAYANGAN VIDEO AKTIVITI-AKTIVITI PERSADA  BAGI TAHUN 2011/2012. SELEPAS ITU,  PERSEMBAHAN DARIPADA _________________________ YANG AKAN MENYAMPAIKAN _________________________ . DIPERSILAKAN.


    7

CABUTAN BERTUAH

HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA MALAM INI,  KITA AKAN TERUSKAN  DENGAN CABUTAN BERTUAH. MAJLIS DENGAN  INI MEMPERSILAKAN  EN ABDULLAH MOHAMMAD SAID ,TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UITM SHAH ALAM BAGI MEMBUAT 10 CABUTAN, SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA MEREKA YANG BERTUAH.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABDULLAH MOHAMMAD SAID TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UITM SHAH ALAM.

MAJLIS KITA PADA MALAM INI AKAN DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN DARIPADA ______________________________ DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ____________________ ATAS PERSEMBAHAN  YANG SANGAT MEMUKAU ITU TADI.

NAMPAKNYA, HADIAH CABUTAN BERTUAH MASIH ADA.. OLEH ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN TUAN HJ MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN MOHAMMAD,  PENGARAH SERANTA UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN DAN  MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA MEREKA YANG BERTUAH,

TERIMA KASIH  DIUCAPAKAN KEPADA TUAN HJ MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN MOHAMMAD,  PENGARAH SERANTA.




8

PENUTUP

HADIRIN SEKALIAN,

DENGAN BERAKHIRNYA CABUTAN BERTUAH ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS MAKAN MALAM “ DISINILAH MEMORI TERCIPTA”  KITA PADA HARI INI.

MAJLIS DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG... TETAMU KAMI SANJUNG.. TERIMA KASIH DATANG BERKUNJUNG..

 DISINI SAYA _______________   INGIN MEMOHON MAAF ATAS KEKILAFAN SEPANJANG MENGENDALIKAN MAJLIS PADA MALAM INI..

BUNGA SEROJA DIATAS PARA
JATUH DITIMPA BUAH BERANGAN
ANDAI KATA TERSILAP BICARA
KEMAAFAN JUA SAYA POHONKAN.....

SEKIAN ASSALAMMUALIKUM

1 ulasan:

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)

Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia 8 September 2019 Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited ...