Rabu, 1 Oktober 2014

CHANGLUN

"CHANGLUN " Sebuah Pekan yang Membangun.

Changlun merupakan sebuah bandar yang didiami oleh pelbagai kaum di Malaysia. Changlun yang dahulunya merupakan sebuah pekan kecil, kini telah bertukar wajah kerana proses pembangunan. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud gajah (chang) jatuh (lun). Dengan kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), ia mampu menghubungkan bandar ini dengan bandar-bandar yang lain seperti Bandar Bukit Kayu Hitam, Bandar Jitra,dan Bandaraya Alor Setar. Oleh sebab itu, bandar ini menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Selain itu juga dengan adanya Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis ia juga turut membantu mempercepatkan proses urbanisasi dan pembangunan yang sedia ada dan mampu memudahkan pengguna untuk ke Universiti Utara Malaysia Sintok, UniMAP, UiTM Arau dan Politeknik Perlis. Bandar ini juga merupakan jalan utama bagi pengguna untuk ke Kuala Perlis bagi tujuan ke Pulau Langkawi. Yang menariknya mengenai lebuhraya ini, pengguna tidak dikenakan sebarang pembayaran tol untuk melaluinya. Antara keistimewaan lain di Changlun ialah, ia mempunyai kedudukan yang stratergik kerana menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di utara. Kebanjiran pelancong dari dalam dan luar negara ke Thailand kebiasaanya akan singgah di Bandar Changlun terlebih dahulu untuk mengisi perut dan berehat seketika sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Di sini terdapat banyak institusi pendidikan seperti sekolah, universirti, kolej dan sebagainya. Selain itu juga bandar ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk di sekitarnya seperti Klinik Kesihatan, Pejabat Pos, Hentian Bas Tempatan/Ekspress, Masjid, Bank, Pasar, Kompleks Membeli-belah dan lain-lain lagi yang memudahkan urusan orang ramai. Di samping itu juga, kemudahan yang ditawarkan di bandar ini mewujudkan banyak ruang dan peluang pekerjaan kepada penduduk. Oleh sebab itulah, banyak taman perumahan dibangunkan di sini bagi menampung bilangan penduduk yang makin bertambah dari masa ke semasa. Satu perkara yang menarik di Changlun adalah, bandar ini menawarkan makanan yang sedap dengan harga yang sangat murah. Jika dapat dilihat, di sini kewujudan premis-premis perniagaan makanan yang banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Antara masakan yang ditawarkan seperti masakan ala kampung, masakan barat, makanan ala Thai dan sebagainya. Bagi para pelancong yang melalui Changlun  bolehlah membeli buah limau bali sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Deretan kedai memjual buah tersebut ada di sepanjang lebuhraya Changlun. Hal ini kerana, bandar ini terkenal dengan zon penjualan dan pengeluaran limau. Jadi, kepada pelancong yang datang ke Changlun pasti akan berasa seronok dan membawa pulang satu pengalaman yang bermakna. Inilah cerita Changlun sebuah bandar kecil yang membangun.

1 ulasan:

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)

Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia 8 September 2019 Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited ...