Isnin, 4 April 2016

Doa Selepas Solat

Alhamdulillah, bila diri kita diuji..  tu tandanya  Allah nak suruh kita dekat dan ingat kepada-Nya.. Kali  ini saya nak kongsikan doa selepas solat untuk manfaat bersama.. Tak semestinya nk berdoa ni kena dgn ayat al-Quran.. Allah dengar doa kita semua, x kisahlah guna bahas apa sekali pun.. Yang penting keihlasan..

Ya Allah  Ya Tuhanku,
Kau ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku,
Dosa ahli keluargaku, Dosa guru-guruku, sahabatku
Muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninngal..
Kau ampunilah dosa kecil kami, dosa besar kami
Mahupun dosa yang sengaja kami lakukan atau tidak…
Ya Allah, kalu limpahkan rezeki yang halal dan melimpah ruah kepadaku,
Agar bahagia di dunia dan di akhir, agar aku boleh berbakti kepada kedua ibu bapaku,
ahli keluargaku dan mereka yang memerlukan…
Ya Allah, kau berikanlah aku nikmat kesihatan,
Agar aku dapat menjalankan kewajipanku ke atasmu,
Keatas kedua ibu bapaku dan keatas diriku ini Ya Allah..
Ya Allah, jika hari ini kau mengujiku dengan kesedihan, maka kau berikanlah aku kegembiraan,
Ya Allah, jika hari ini kau ujiku dengan kesusahan, maka kau berikanlah aku kesenangan,
Ya Allah, jika hari ini kau  ujiku dengan keperitan, maka kau berikanlah aku kemudahan,
Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, kau turunkanlah..
Ya Allah, jika rezeki masih di bumi,  kau keluarkanlah,
Ya Allah, jika rezeki ku sukar, permudahkanlah
Ya Allah, jika rezeki haram, kau sucikanlah
Ya Allah, jika rezeki ku masih jauh, kau dekatkanlah..
Sesungguhnya aku hambamu yang jahil dan kerdil Ya Allah,
Maka hanya kepadamu aku memohon pertolongan dan keampunan..
Kau perkenankanlah doaku ini Ya Allah..

Amin ya rabbal a’lamin..

Semoga kita memperolehi manfaat bersama.. InsyaAllah.

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)

Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia 8 September 2019 Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited ...