Jumaat, 12 Mei 2017

Program Assessment Center (PAC) Pegawai Penerangan S41 - Lembaga Penduduk dan Pembangaunan Keluarga Negara (LPPKN)

Salam Negaraku..

Dalam kemelut kegawatan ekonomi pada hari ini, persaingan untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil adalah sangat tinggi, ditambah dengan lambakkan graduan daripada keluaran IPTA/S dalam dan luar negara. Keadaan kelembapan ekonomi yang dihadapi negara kita pada hari ini menggesa pengurusan sesebuah syarikat menghadkan pengambilan pekerja baru, malah yang menyedihkan lagi ada di antara pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja. Apabila berlaku keadaan sedemikian, maka banyak lah persaingan. Jesteru, pemilihan untuk menyandang sesebuah jawatan juga menjadi sangat susah pada hari ini. Sebagai contoh, nak memasuki sektor kerajaan, beberapa fasa penapisan perlu dilalui oleh calon. Antaranya, calon perlu menduduki peperiksaan online yang ditetapkan oleh SPA, apabila berjaya dalam peperiksaan tersebut calon perlu menjalinani PAC seterusnya jika berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temuduga kerja.

Tidak kurang juga untuk  memasuki sektor pekerjaan dalam Badan Berkanun seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ok nie yang nak diceritakan sebenarnya.. Nak bekerja dalam badan berkanun ni pon ada step dia jugak.. Kebiasaanya untuk badan berkanun nie, kita perlu buat permohonan melalui Job Malaysia (http://www.jobsmalaysia.gov.my) bagi yang belum ada acc di situ, rajin-rajinkalah untuk mengisinya.

Untuk LPPKN, pada peringkat pertama, anda akan dipanggil untk menghadiri PAC yang diuruskan oleh pihak LPPKN sendiri.. Berbeza dengan SPA, calon perlu menjawab peperiksaan online dulu sebelum layak ke PAC. PAC LPPKN ni diadakan seharian jer  tak lama pon . Antara pengisian masa PAC LPPKN ialah:

Peserta akan diberi sedikit taklimat berkatitan dengan jawatan yang dipohon, pastu talikmat mengenai PAC

Aktiviti pertama adalah ujian fizikal.. Dalam ujian nie, tak banyak pon aktiviti yang kena buat . Sebelum nak jalankan ujian fizikal nie, kita kena la panaskan badan dulu kan  baru la x berlaku sebarang kecederaan..

 Ujian pertama adalah

Ujian Tekan Tubi bagi lelaki

Dalam ujian tekan tubi ni, ada syarat-syaratnya. Contohnya masa akan diambil oleh pencatit masa dan calon perlu menyelesaikan ujian tersebut dalam tempoh masa yang diberikan.

                              I - 3 minit - 40x
                             II - 3.01 minit - 40x
                           III  - 4.01 minit - 40x
                            IV - 5.01 minit - 40x

Begitu juga dengan calon wanita, perlu melakukan bangun tubi yang perlu dihabiskan sebanyak 30x
 
Dalam ujian fizikal yang seterusnya, calon perlu membuat larian pusingan padang. Bagi calon lelaki perlu membuat 7 pusingan padang  bersamaan dengan 1.4KM manakala calon wanita pula perlu membuat sebanyak 5 pusingan padang bersamaaan 1KM.  masa yang diberikan ialah
 
                       
                             I - Bawah 8 minit
                           II - 8.01 - 12 minit
                          III - 12.01 - 15 minit

Selepas selesai ujian fizikal, calon akan dibawa ke dewan untuk ujian bertulis .. Dalam ujian nie peserta diberi masa lebih kurang sejam lebih kalau x silap untuk menjawab 4 bahagian.. Bahagian A ialah pengetahuan am (10 soalan objektif), Bahagian B ialah daya penyelesaian masalah matematik (10 soalan objektif) x boleh bawa otak Jepun. Bahagian C soalan subjektif (Berkaitan LPPKN) so rajin-rajin la membaca pasai LPPKN yer dan Bahagian D adalah satu esei BM dan satu Esei BI.. walaupon soalan dia general, tapi kena kaitan dengan LPPKN jugak..

Selesai ujian tu, calon dikehendaki menjalani ujian mata dan warna.. Bagi ujian warna tu macam kita nak ambil lesen memandu tu jer.. lepas tu ujian mata, baca huruf yang paling kecil dengan jarak yang ditetapkan.. Nak tau mcam mana, tgk gambar kat bawah tu


Yang ni untuk ujian warna

            
Yang ni untuk ujian mata

Maka ujian yang terakhir adalah ujian personaliti.. Dalam ujian nie calon perlu menjawab lebih kurang 170 soalan.. semuanya berkaitan dnegan diri sendiri.. Jangan takut, soalanya tak susah pon..
Maka, selesailah PAC yang pertama di LPPKN .. seandainya berjaya pada PAC pertama, calon akan dipanggil untuk ke PAC ke 2.

Sekian

3 ulasan:

  1. Saya nak bertanya. Utk PAC 2 pula bagaimana procedure dia? Apakah contoh soalan yang ditanya? Terima kasih

    BalasPadam
  2. Salam nk tanya ujian penglihatan tu mcm ujian nk jadi polis ke? Ujian kedua² mata v6/9? Atau ujian kat computer je

    BalasPadam

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)

Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia 8 September 2019 Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited ...