Dalam entry kali ni saya nak berkongsi pengalaman sepanjang proses permohonan untuk jawatan Pegawai Penerangan S41 di Jabatan Penerangan Malaysia.
Sememangnya untuk memasuki pekerjaan dalam Sektor Kerajaan merupakan salah satu impian jutaan rakyat Malaysia. Namun begitu dengan jumlah bilangan graduan yang lahir dari IPTA/S yang semakin bertambah di samping bilangan pengangguran yang juga menunjukkan peningkatan ditambah pula dengan kekosongan jawatan yang sedikit menyebabkan banyak persaingan sihat berlaku. Oleh itu, antara salah satu langkah yang di ambil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah melakukan beberapa tapisan sebelum calon yang layak dipanggil untuk ditemu duga.
Berdasarkan pengalaman, hati dah mula happy tatkala pertama kali membuat semakan di portal SPA8i, melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh SPA, maka bermulalah episod mengejar jawatan tersebut. Calon yang melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh SPA perlu menduduki peperiksaan online terlebih dahulu.
Lepas jer fasa pertama, calon yang lulus exam akan dipanggil untuk menghadiri Program Assessment Centre (PAC). Dalam peringkat kedua (PAC) calon akan dinilai dengan beberapa aktiviti. PAC ini diadakan selama satu hari bermula dari pagi sehingga ke petang. Calon PAC perlu melakukan 5 aktiviti yang berbeza. Selepas sahaja calon siap membuat pendaftaran, calon akan diberi 2 tajuk Pengucapan awam dan juga Public Speaking yang akan dilalui oleh calon PAC nanti.
Aktiviti pertama yang perlu dilalui oleh calon PAC adalah Perbahasan Ala Parlimen. Calon akan dibahagikan mengikut beberapa kumpulan. (Kumpulan ini adalah kumpulan anda sehingga selesai semua aktiviti PAC). Ok dalam aktiviti ni, calon akan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan dan Pembangkang. Tajuk diberi OTS dan 10 minit masa diberi untuk mencari isi dan sebagainya. Selepas 10 minit calon harus berbahas mengenai isu yang diberi. Best time nie, kita boleh bidas hujah daripada pihak lawan jika kita rasa x betul atau x sesuai. Aktiviti ini berakhir dengan sesi pergulunggan daripada ketua kerajaan dan ketua pembangkang. Masa PAC dulu saya dapat tajuk. Generasi Y Mempunyai Sifat Patriotik Yang Berbisa. Gunalah skill dan bakat yang terpendam yang kita ada tu.
Ni contoh aktiviti Group Discussion |
Selepas ja aktiviti pertama, calon diberi rehat selama beberapa minit untk persiapan ke aktiviti kedua. Aktiviti kedua ni we have to speak English, sebab apa? Sebab dalam aktiviti kedua ni ialah Group Discussion dimana calon diberi tajuk dan perlu berbincang sebelum membuat pembentangan. Masa discussion dalam group tu dinasihatkan supaya tidak cakap dalam bahasa melayu.. Hentam jer cakap english tu sebab calon akan dinilai dari awal hingga ke sesi pembentangan. tajuk yg saya dapat dulu kalau x silap Fresh grade terlalu memilih. belasah jer.
Haaaa. Dah masuk separuh hari.. Maka kita berganjak pulak ke sesi yang ketiga iaitu Aktiviti Penyelesaian Masalah. Dalam aktiviti ni sekali lagi calon diberi satu situasi contohnya kita nak menganjurkan kempen anti buli, so kita kena bincang apa yg kita nak buat dengan kempen tu, bajet mcm mn, publisiti (Banner, PSA, Radio, Surat Khabat etc) dll lain. Pastu kita kena bentangkan kepada panel. Time ni kita kena lanti ketua, walaupon kita tak diminta untuk melantik ketua. Ketua kumpulan pastikan semua anak buah bercakap.
Hurmm, dah tiga aktiviti melibatkan kerja berkumpulan kan.. Kali ni menyusur ke aktiviti ke 4. Aktiviti ni kebanyakkan daripada calon takut sebab ia adalah aktiviti pengucapan awam. Haa tajuk utk pengucapan awam ni dah diberikan semasa pendaftaran. So sempat la nak prepare isi bagi mantap. Antara tajuk yang calon dapat masa PAC dulu adalah mengenai TN50, Rukun Negara, Kesihatan, Pengangkutan Awam dll. Isu semasa pon ada. InsyaAllah boleh buat. Sebelum ke PAC tu baca la serba sikit, dan jangan risau kita ada masa nak cari isi or maklumat di internet. Satu pesan jangan gelabah. Tajuk yg saya dapat TN50 mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat dan meningkatkan taraf kesihatan .
Aktivi yang terakhir pulak adalah Public Speaking, sama ja macam Pengucapan awam.. Cuma yang membezakan dialah dr segi penggunaan bahasa. Tajuk pon lebih kurang sama macam Pengucapan Awam, cuma di English - kan jer. Tajuk saya dapat adalaha Strategic Communication and it Challenge. Cakap ja. Belasah ja broken ka apa janji speaking.. Hahaha.
Selesai kelima-lima aktiviti semasa PAC, nak kata penat tu x sgt sebab buat aktiviti pon dalam bilik berhawa dingin. Mungkin otak kita penat utk berfikir dan bercakap dalam satu masa yang sama. Dalam semua aktiviti PAC ni, dinasihatkan jangan konker kita sorang ja, bg kawan-kawan dalam kumpulan kita semua bersuara.. Beri feeback dengan apa yg kawan-kawan cakap. Jangan pulak diam membisu ya kawan-kawan. Dan lagi satu, penampilan mesti jaga, yang lelaki tu trim misai, janggut dan rambut, baju tu biar bergosok.. Tingkah laku kita dinilai yer sepanjang PAC tu. Perempuan , bahasa tu jaga, cakap sopan, baju jgn macam nk keluar g shopping.. Tak salah nak skema sekali sekali jgn nak berfesyen urban sgt.. Cara duduk pon penting tau.. Tu perkongsian yang di sharekan oleh Panel-Panel yang menilai kita semasa PAC.
Nampak tak Panel sedang menilai calon PAC |
Ni la ahli Kumpulan |
Nah.. Selesai bab PAC.. Lebih kurang sebulan jugak la result PAC diumumkan. Alhamdulillah rezeki untuk ditemu duga. Bila dah dapat temu duga tu bermakna itu adalah peringkat terakhir.. Nak berkongsi jugak, berkat tolong-menolong antara satu sama lain 10 daripada 11 orang ahli dalam kumpulan masa PAC dipanggil untuk temu duga.. Syukur best sgt time tu bila dapat tahu group kami hampir semua dapat panggilan temuduga. Ok, lebih kurang 3 minggu masa yang ada untuk calon yang dapat panggilan temu duga pada pada tarik permulaan temuduga (14.8 - 30.8 2017) tarikh untuk calon ditemuduga. Saya ditemuduga pada 15.8.2017 di Alor setar Kedah. Tempat temuduga ni ditentukan berdasarkan request kita semasa isi SPA dulu. Dalam masa 3 minggu tu x sempat sgt nak buat persiapan sebab BZ dengan kerja. Tapi Alhamdulillah kena curi masa untuk study jugak supaya x gelabah nnt.
Masanya telah tiba, 15.8.2017 hari sy ditemuduga. Risau, seronok semua ada. Nak-nak time no dipanggil untuk masuk bilik temuduga. Nak nasihat sikit, kalau nak tnya kawan-kawan yang dah di temuduga tu jgn la tanya soalan Panel tanya apa. Kita sama-sama berjuang untuk jawatan yang sama. Macam x hormat la tanya soalan mcm tu.. Kalau nak tanya jugak tanya jer soalan lain.. Panel tu lelaki ker perempuan... Ada berapa orang Panel.. Temuduga dalam bahasa apa.. Ok la sikit kalau tnya soalan macam tu. Masa saya dulu alhamdulillah disoal dalam bahasa melayu.. Time tu ada dua orang panel. Dua-dua orang lelaki. Seorang wakil daripada Jabatan Penerangan seorang lagi wakil daripada SPA. Haaaa.. Hampa semua mesti nak tau kan panel nak tanya soalan apa.. Yesss.. seperti yang kita sedia maklum dia ada banyak soalan pengetahuan am. Saya disoal berkaitan Jabatan Penerangan, Bab Perlembagaan, Parlimen, Job Skop Peg Penerangan dengan Kader, Bab Jabatan Penyiaran, yang paling best soalan ni paling sy igt.. Siapakah nama KSU Malaysia, sila nyatakan nama penuh berserta pangkat yang KSU ada.. Alhamdulillah boleh jawab, lepas tu dia tanya lagi dalam Laman Web KSU tu ada apa ya.. Cer awak cerita sikit.. Haa yang ni kena pandai goreng sikit. Cakap jer apa yang kira rasa berkaitan. HAAAAA.. Ini yang Penting, sila bawa segala dokumen yang diminta dalam surat panggilan temuduga tu. Selagi anda tak lengkapkan dokumen yang diorang nak selagi itu la anda tak boleh masuk bilik temuduga.
Berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang lain, ada yang ditanya berkenaan Ketua Polis Negara, Adun Kawasan, Menteri Besar, Bilangan Dun yang ada di kawasan anda dll lain.
Jadi itu jer perkongsian yang dapat saya kongsikan. Saat sekarang masih lagi menunggu keputusan temuduga untuk jawatan ini.. Doakan saya dapat jawatan tersebut ok.. Amin