Sabtu, 30 Jun 2018

PROGRAM ASSESSMENT CENTER (PAC2) PEGAWAI PENERANGAN S41 - LPPKN

Salam Malaysia Baru

Dalam entry kali ni, aku nak kongsikan pengalaman dalam Program Assessment Center (PAC 2) untuk jawatan Pegawai Penerangan S41 di LPPKN. Dulu aku kongsikan pengalaman PAC 1 utk jawatan yang sama. Ok aku cerita balik dari mula..

Proses Mohon Kerja

Ok, bila korang tengok ada ja jawatan kosong yang dibuka kat sini, korang kena apply di JobMalaysia. Lepas dari tu kalau ada rezeki korang, korang akan dipanggil untuk PAC 1.

Program Assessment Center 1

Untuk PAC 1, korang boleh baca kat sini apa aktiviti dan test yang kitaorang pernah lalui. Tekan link ni.

Program Assessment Centre (PAC 2)

Ok untuk kali ni, dalam PAC2 nie lebih kurang 20 orang calon akan diuji. Anda akan dibahagikan kepada 3 group. Ini kronologinya

Group 1 : Akan melalui aktiviti LDK (Group Discussion)
Group 2 : Akan melalui aktiviti Pengucapan Awam dan Public Speaking
Group 3 : Akan di rehatkan terlebih dahulu

Proses ini  akan di-rotatekan.. Semua kumpulan akan melalui aktiviti tersebut. Bagi aku, time tu rasa beruntung sebab aku dalam Group 2, so perlu melalui aktiviti pengucapan awam dulu.. Lepas aktiviti tu Group 2 terus sambung dengan LDK, so x  payah di rehatkan  jadi jimat la masa, tengahari dah boleh balik.

Ok, untuk Pengucapan Awam dan Public Speaking, aku nasihatkan korang untuk baca bab kekeluargaan, wanita dan seangkatan dengan peranan LPPKN. Korang jangan rasa tajuk tu simple, sebab bila korang dah berhadapan dengan Panel, korang akan rasa simptom otak x boleh berfikir.

Flow dia macam nie, sorang-sorang akan dipanggil masuk dalam bilik bersama panel. No giliran ni bukan sape sampai dulu dia no 1. Nie based on LPPKN, masa korang datang tu korang dah boleh tau korang No berapa. Macam aku, aku calon yang pertama.

Sumber dari Google Image


Ok, selepas nama korang dipanggil masuk bilik, korang akan diberi no cabutan. So, baca la doa banyak-banyak supaya no yang korang dapat tu memiliki nasib yang baik. Sebab apa, tu la no soalan atau tajuk Pengucapan Awam dan Public Speaking korang. Tapi serius aku tak ingat apa tajuk aku sebab panjang sangat. Tapi based on nilai kekeluargaan, reproduktif manusia, gajet dll. Ok, masa tu lepas korang buat cabutan no tu, korang akan di beri 1 minit, yes aku ulang 1 minit sahaja untuk prepare isi korang.. Korang rasa sempat x 1 minit nk prepare, tu x termasuk masa nervous korang lagi. Lepas tu korang kena cakap 10 minit depan panel. Lepas korang melontarkan idea-idea bernas korang, so sesi Q&A antara korang dengan panel. Masa ni korang akan disoal berkenaan dengan korang punya opinion td, fakta dan sebagainya. Selessai sesi pengucapan awam.

Lepas tu korang terus kena buat Public Speaking on the spot, macam Pengucapan Awam juga, korang akan diberi 1 minit untuk sediakan hujah korang, cuma masa bercakap tu 7 minit dan ending dia akan ada sesi Q&A juga.

Bila dah selesai, terlepas satu beban.. Huh lega rasa..

Ok beralih pula dengan LDK-Latihan Dalam Kumpulan

Dalam aktiviti ni korang kena berbicang dalam group, jangan pulun nak cakap sorang -sorang ja, minta semua ahli tu bercakap, kalau ada yang diam tu tolong dia juga.. Kita kan satu team.

Dalam LDK anda diberi lebih kurang 15-20 minit untuk bincang tajuk tersebut dan bentangkan depan panel lain pula. Macam group aku, kami diberi tajuk Industri Revolusi 4.0, ke mana hala tuju LPPKN?. Selepas berbincang tu, tulis point korang atas kertas mahjung, pastu present. Time present depan panel, aku rasa lebih kurang hampir 2 jam jugak la kena berdiri kat depan tu. Sebab panel akan argue korang, soal korang, tny pendapat korang. Make sure korang kena familiar juga dengan skop tugas sebagai seorang pegawai Penerangan S41 ni juga.

Sumber gambar dari Google


Lepas LDK korang dah habis dah boleh balik.. Ok, kalau ada rezeki korang akan ke stage seterusnya iaitu IV. Doakan aku dapat pegang jawatan ni. Amin, sekian perkongsian ini, semoaga dapat membantu korang kedepan hari.

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)

Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia 8 September 2019 Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited ...