Rabu, 10 Disember 2014

Susah ker untuk setia? Ada di depan mata perlu lagi  kah cari yang lain untuk bahagia? Pernah terpikir hidup sidia menderita? Mungkin bagi kita ia biasa kerana saat itu kita bahagia kerana ramai disamping kita. Merayu terasa hina, apa lagi cara yang boleh diguna? Menangis tatkala sengsara, bukan kerana nak cari simpati. Kita perlu mengerti, akan hidup ini pentas opera. Manusia suka lihat kita sengsara asalkan mereka rasa bahagia. Dirayu, disembah, bagaikan tiada guna, akan tetap cari orang disana. Mungkin sedar diri kita tiada apa, kerna itu kita terima. Andai harta benda, kekayaan boleh beli kebahagian, boleh cari ramai kenalan boleh beli kasih sayang dan perhatian, maka tiada guna kita meminta.

Dia pernah berkata: Hargai Apa Yang Ada Di Depan Mata.. Adakah dia menurut kata , kouta akan janji yang dikata. Jika benar Hargai Apa Yang Ada Di Depan Mata perlukah yang lain dihati bertakhta. ??

Gambar sumber dari Google.

Rabu, 1 Oktober 2014

CRYSTAL TONGUE


ha.. Jom kali  saya nak kongsikan satu tip  untuk kita menguji kelancaran sebutan kita..
Selalunya crystal tongue ini di amalkan oleh individu sebelum membuat pengucapan awam, membaca berita dan sebagainya.. Apa kata kita cuba baca ayat-ayat dibawah dengan membacnyanya secara pantas sebanyak 5 kali bagi setiap ayat.. JOM KITA CUBA...

1.  BUAYA  BUAI  BIAWAK  

2.  POKOK KOPI


3. LORI LALU LALANG LAYU


4.  KAMBING  KERBAU


5. ULAR  LARI  LURUS


6.  TERKUKUR  KETITIR


7.  CUKA  KICAP


8.  KAKAKKU  KATA KUKU-KUKU  KAKIKU KOTOR  KU KIKIS KIKIS KUKU-KUKU  KAKI KIRIKU.


9. RAMBUT RAMLAH RAM LURUS


haaa.. Macam mana? Kalau anda boleh membaca dengan lancar.. TAHNIAH!!!! Yang x dapat tu, kita berusaha lagi... Jangan Putus Asa.. 

CHANGLUN

"CHANGLUN " Sebuah Pekan yang Membangun.

Changlun merupakan sebuah bandar yang didiami oleh pelbagai kaum di Malaysia. Changlun yang dahulunya merupakan sebuah pekan kecil, kini telah bertukar wajah kerana proses pembangunan. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud gajah (chang) jatuh (lun). Dengan kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), ia mampu menghubungkan bandar ini dengan bandar-bandar yang lain seperti Bandar Bukit Kayu Hitam, Bandar Jitra,dan Bandaraya Alor Setar. Oleh sebab itu, bandar ini menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Selain itu juga dengan adanya Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis ia juga turut membantu mempercepatkan proses urbanisasi dan pembangunan yang sedia ada dan mampu memudahkan pengguna untuk ke Universiti Utara Malaysia Sintok, UniMAP, UiTM Arau dan Politeknik Perlis. Bandar ini juga merupakan jalan utama bagi pengguna untuk ke Kuala Perlis bagi tujuan ke Pulau Langkawi. Yang menariknya mengenai lebuhraya ini, pengguna tidak dikenakan sebarang pembayaran tol untuk melaluinya. Antara keistimewaan lain di Changlun ialah, ia mempunyai kedudukan yang stratergik kerana menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di utara. Kebanjiran pelancong dari dalam dan luar negara ke Thailand kebiasaanya akan singgah di Bandar Changlun terlebih dahulu untuk mengisi perut dan berehat seketika sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Di sini terdapat banyak institusi pendidikan seperti sekolah, universirti, kolej dan sebagainya. Selain itu juga bandar ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk di sekitarnya seperti Klinik Kesihatan, Pejabat Pos, Hentian Bas Tempatan/Ekspress, Masjid, Bank, Pasar, Kompleks Membeli-belah dan lain-lain lagi yang memudahkan urusan orang ramai. Di samping itu juga, kemudahan yang ditawarkan di bandar ini mewujudkan banyak ruang dan peluang pekerjaan kepada penduduk. Oleh sebab itulah, banyak taman perumahan dibangunkan di sini bagi menampung bilangan penduduk yang makin bertambah dari masa ke semasa. Satu perkara yang menarik di Changlun adalah, bandar ini menawarkan makanan yang sedap dengan harga yang sangat murah. Jika dapat dilihat, di sini kewujudan premis-premis perniagaan makanan yang banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Antara masakan yang ditawarkan seperti masakan ala kampung, masakan barat, makanan ala Thai dan sebagainya. Bagi para pelancong yang melalui Changlun  bolehlah membeli buah limau bali sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Deretan kedai memjual buah tersebut ada di sepanjang lebuhraya Changlun. Hal ini kerana, bandar ini terkenal dengan zon penjualan dan pengeluaran limau. Jadi, kepada pelancong yang datang ke Changlun pasti akan berasa seronok dan membawa pulang satu pengalaman yang bermakna. Inilah cerita Changlun sebuah bandar kecil yang membangun.

Jumaat, 26 September 2014

TEKS MC MAKAN MALAM


Aku yang DULU.

Dulu
Aku insan yang lemah
Yang sering ditindas
Yang sering dipandang rendah
Ketika itu
Aku mengaku
Memang rasa terhina
Ada kawan aku disisih
Tiada teman untuk aku berkasih
Namun
Peluang aku masih ada
Tadkir tertulis untuk aku berubah
Azam baru aku mula sematkan
Untuk aku keluar dari gelora  Kejahilan
Aku mula melakar corak kehidupan yang baru
Mengorak dengan langkah yang kecil
Sehingga aku boleh berlari
Lari dari segala kepedihan
Kesakitan dan kejahilan yang dulu
Sehingga satu saat
Aku dianggap wira
Aku tidak lagi dipandang hina
Aku mula dihormati
Itulah saat yang paling bahagia aku rasakan
Aku mula bersyukur

Atas apa yang Allah pinjamkan nikmat ke atasku.

INGAT!!! Setiap manusia ada peluang untuk BERUBAH..

Rabu, 17 September 2014

Nobody Perfect




Manusia.. Tak sempurna..
Sering kali kita lupa.. 
Sering kali Kita Alpa...
Sering kali kita Lakukan Kesalahan..

BAK KATA PAK CIK Albert nie.....


Yup.. Sokong dengan kenyataan dia..
Kadang - kadang kalau kita x lakukan kesalahan, kita anggap kita betul..
Kita x rasa apa itu kepayahan..
Sehingga kita lakukan kesalahan..
Kita mula belajar benda baru..
Kita mulai hargai apa yang kita ada dulu..
Lantas peluang x datang selalu..
Peluang x semua yang dapat..
Peluang untuk membentuk sebuah kehidupan yang lebih baik..


-IKHLAS-


Ikhlas..
Bila hati Ikhlas melakukan sesuatu..
Pasti hasilnya terbaik..



INGAT !!!


Jangan tengok kesalahan orang..
Kita juga ada Silapnya..
Jangan kerana satu kesalahan..
Kita lupa 100 Kebaikkannnya..
Manusia berhak diberi peluang..
untuk sama-sama berubah..


-BUAT INSAN TERSAYANG-


 I'm forgive you simply...
Because..
I still want you for the rest of my life..
-I Love You-


Selasa, 16 September 2014

Flying Without Wings – Westlife



Flying Without Wings – Westlife


Everybody’s looking for something
One thing that makes it all complete
You find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lovers eyes
Who can deny the joy it brings
When you find that special thing
You’re flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You find it in the deepest friendships
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You’ve found that special thing
You’re flying without wings

So impossible as it may seem
You’ve got to fight for every dream
‘Cause who’s to know
Which one you let go

Would have made you complete
Well for me it’s waking up beside you
To watch the sun rise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place

It’s little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it’s like flying without wings
Cause you’re my special thing
I’m flying without wings

You’re the place my life begins
And you’ll be where it ends
I’m flying without wings
And that’s the joy you bring
I’m flying without wings..

Bait-bait lagu ini.. Adalah lagu ingat Di Hari Lahirku..

Khamis, 3 Julai 2014

SCREENSHOT LENOVO A859


Haaaa.. Nampak x gambar kat atas tu.. Itu Phone Lenovo A859.. hehehe.. Tp ini bukan misi utama saya uploadkan gambar tu..

Bagi sahabat-sahabat yang memiliki Lenovo A859, hampa semua nak tau x, macam mana nak screenshot capture guna phone nie.. Mai sini nak tunjuk..

Cara-cara dia:

1. Tekan butang on-off yang kat atas tu serentak dengan butang volume.. macam anak panah dalam gambar tu..

2. Lepas tu, boleh la screenshot banyak-banyak..

Selamat Mencuba.. Relax, Cool, InsyaAllah berjaya...

Kembara Turkey Hari Ke 2 (9 Hari 7 Malam)

Hari ke2 : Bolu - Ankara - Cappadocia 8 September 2019 Ok, aku dah check out kat Kolu Hotel, Bolu pukul 8 pagi. Dia punya excited ...